Jumaat, 8 Julai 2011

3 Sifat Wanita Yang Dibenci Lelaki

Disini bukan nak menghina kaum wanita tapi inilah hakikat yang berlaku zaman sekarang, bukan semua pada wanita tapi mungkin segelintir atau secebis.. dan ini adalah sebagai panduan untuk lelaki dan wanita dan jika  ianya betol sama-samalah kita baiki diri kita masing-masing.. 3 sifat yang dibenci lelaki antaranya ialah :

1) Cemburu

Hmm, bukankah cemburu itu tanda sayang kepada pasangan? Kalau tak cemburu langsung dikatakan tak ada perasaan pula. Tidak salah kalau ada sedikit perasaan cemburu namun ia haruslah berpada-pada. Cemburu berlebihan akan membuatkan lelaki berasa rimas kerana sedikit sebanyak menunjukkan bahawa anda tidak yakin terhadap kejujurannya. Jujur dan saling bertolak ansur itu merupakan elemen penting dalam sesebuah perhubungan !

2) Materialistik
Wanita dikatakan suka kepada lelaki kerana wang, lelaki pula dikatakan suka kepada wanita kerana seks? Benarkah? Tepuk dada, tanya selera. Banyak sebab mengapa wanita dikatakan suka kepada lelaki kerana wang. Pada wanita mereka mungkin inginkan pasangan yang stabil dari segi kewangan demi masa depan mereka. Wang tidak menjamin kebahagiaan 100 peratus namun tanpa wang, cinta boleh berantakan. Sebagai wanita moden masa kini, berdikari itu lebih nikmatnya daripada mengharapkan pasangan anda sahaja.

3) Suka mengongkong
Seperti wanita, lelaki juga perlukan masa untuk diri mereka sendiri, keluarga serta rakan-rakannya. Wanita yang suka berkepit 24 jam dengan pasangannya kadangkala merimaskan mereka. Tidak salah untuk mengetahui aktiviti pasangan anda namun sikap anda yang terlalu ‘mengambil berat’ bakal memakan diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan